China Kekal Negara Perdagangan Barangan Terbesar

2024-04-14 15:23:41  CRI
Share with:

China mengekalkan kedudukan sebagai negara perdagangan barangan terbesar dunia selama tujuh tahun berturut-turut, menurut Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).


Data WTO menunjukkan jumlah import dan eksport China mencatat USD5.94 trilion (RM28.33 trilion) pada 2023, iaitu USD750 bilion (RM3.58 trilion) lebih banyak daripada Amerika Syarikat.


Bagi tahun sama, nilai keseluruhan eksport global direkod sebanyak USD23.8 trilion (RM113.5 trilion), menurun 4.6 peratus berbanding 2022.


Dalam pada itu, China menyumbang 14.2 peratus kepada pasaran eksport antarabangsa, sama paras dengan tahun sebelumnya.