Jumlah dan Kapasiti Unit Janakuasa Nuklear China dalam Pembinaan No.1 di Dunia

2024-04-15 15:31:13  CRI
Share with:

Pada masa ini, China terus memduduki tempat pertama dalam ranking dunia berhubung jumlah dan kapasiti unit janakuasa nuklear yang masih berada dalam proses pembinaan.


Demikian ditunjukkan Kertas Biru Laporan Tenaga Nuklear China 2024 yang diterbitkan Persatuan Tenaga Nuklear China (CNEA) pada Isnin.


Menurut kertas biru itu, China telah mengesahkan 5 projek janakuasa nuklear dan memulakan operasi 5 unit janakuasa nuklear pada tahun lepas. Pada masa ini, China mempunyai sebanyak 26 unit janakuasa nuklear dalam pembinaan dengan kapasiti keseluruhannya mencapai 30.3 juta kilowatt.


Sementara itu, China juga mengungguli senarai global pada aspek keselamatan operasi loji janakuasa nuklear, terbukti dengan 33 unit janakuasa nuklear miliknya yang memperolehi markah penuh dalam penilaian indeks bersepadu kendalian Persatuan Operator Nuklear Dunia (WANO) bagi tahun 2023. Selain itu, China lebih tinggi daripada pelbagai negara kuasa besar dalam bidang janakuasa nuklear seperti Amerika Syarikat dan Rusia berhubung peratusan markah penuh berkaitan unit janakuasa.