Awas, Jepun yang Ambil Tindakan Agresif Bertalu-talu

2024-04-15 14:50:55  CRI
Share with:

Jepun telah mengambil langkah yang agresif bertalu-talu baru-baru ini seperti menaiktaraf Perjanjian Keselamatan Amerika Syarikat (AS)-Jepun, mengadakan latihan tentera bersama-sama dengan AS, Australia dan Filipina di Laut China Selatan serta memperjuangkan matlamat untuk menganggotai pakatan AUKUS (AS, United Kingdom dan Australia). Kesemua ini telah mengundang bantahan lantang daripada pelbagai kalangan masyarakat. Terdapat sesetengah tokoh Jepun yang berpandangan jauh menyatakan bahawa kerajaan Jepun sedang cuba mempertingkat kekuatan ketenteraan melalui persekutuan ketenteraan dan menjejak kakinya ke satu jalan bahaya yang menuju ke perang, maka negara-negara serantau semestinya berwaspada.


"AS berkewajipan membantu Jepun sekiranya negara itu mengalami serangan, dan tentera AS boleh menggunakan pangkalannya di Jepun, sedangkan Jepun tidak memikul kewajipan untuk mengambil tindakan pertahanan sekiranya berlaku serangan ke atas AS". Kesemua ini termaktub dalam Perjanjian Keselamatan AS-Jepun versi baharu.


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, AS ketika memperkenalkan apa yang dipanggil "strategi Indo-Pasifik", kerap kali memperalatkan Jepun sebagai buah catur, manakala kuasa sayap kanan di Jepun  juga mahu bersandarkan AS menginjak-injak garis merah yang terkandung dalam Perlembagaan Kedamaian, memartabatkan semula kedudukan negaranya dan memperhebat kuasa ketenteraan yang setimpal dengan satu negara besar.

Sidang kemuncak AS-Jepun yang diadakan di Washington baru-baru ini telah membuat satu keputusan berhubung "penaiktarafan dengan skop terbesar terhadap Perjanjian Keselamatan AS-Jepun dalam tempoh lebih 60 tahun lalu," antaranya penyusunan semula markas tentera AS di Jepun dan peningkatan kerjasama ketenteraan adalah bertujuan mengubah fungsi Pasukan Pertahanan Diri Jepun sehingga membentuknya sebagai "pasukan penyerang Jepun," dan mengukuhkan integrasi ketenteraan AS-Jepun.


Bukan itu sahaja, kedua-dua pihak juga mengumumkan untuk menaik taraf pakatan mereka daripada "sekutu" kepada "rakan kongsi global" dengan memberi tumpuan kepada "kerjasama pertahanan bersama". Pada masa yang sama, mereka ketika menyentuh isu Laut China Timur, Laut China Selatan dan Taiwan dalam kenyataan bersama, mendakwa mahu mengukuhkan apa yang disebut kerjasama pelbagai hala dan meningkatkan hubungan dengan NATO. Ada penganalisis yang berpendapat bahawa langkah-langkah Jepun tersebut menunjukkan bahawa negara matahari terbit itu sedang menjauhkan diri daripada Perlembagaan Kedamaian, dan gerak-gerinya yang bekerjasama dengan AS dalam pelaksanaan strategi global serta pembinaan "blok kecil", pun menunjukkan plotnya yang semakin jelas untuk menyasarkan China.


Asahi Shimbun baru-baru ini mengulas bahawa "imej Jepun sebagai 'negara aman' sedang dipersoalkan." Peningkatan pakatan ketenteraan antara AS dan Jepun mungkin akan menjejaskan keseimbangan yang sedia ada di rantau Asia-Pasifik, mencetuskan kebimbangan dan ketidakpuasan hati negara-negara lain, malah membawa risiko yang tersembunyi kepada keamanan dan kestabilan serantau.