Persiapan untuk Pameran Hortikultur Dunia 2024 berjalan lancar di Chengdu

2024-04-15 13:05:49  CRI
Share with:

Persiapan untuk Pameran Hortikultur Dunia 2024 yang akan berlangsung selama 186 hari di bandar Chengdu, China pada 26 April hingga 28 Oktober berjalan lancar pada masa ini.


Bermodelkan '1zon utama + 4 zon cawangan' yang merupakan kali pertama dalam sejarahnya,  Pameran Hortikultur Dunia 2024 akan menyaksikan berlangsungnya pelbagai aktiviti berkaitan simbiosis antara umat manusia dengan alam sekitar dalam suasana harmoni di zon utama di Daerah Baharu Chengdu Timur yang seluas 242.2 hektar, dan di empat zon cawangan lagi di Daerah Wenjiang, Pidu, Xinjin dan Qionglai, yang masing-masing menumpu kepada pameran bonsai ala Sichuan, industri bunga-bungaan, seni hortikltur dan kepelbagaian biologi.


Dimaklumkan lagi,  lebih 2,000 aktiviti dengan rata-rata lebih 10 aktiviti sehari akan diadakan di  zon utama di Chengdu yang dilengkapi sebanyak 113 buah venue pameran, antaranya 39 venue antarabangsa dan 74 lagi domestik.