29 Ribu Syarikat Pempamer Berhimpun di 'Canton Fair' Ke-135

2024-04-15 11:53:14  CRI
Share with:

Pameran Import & Eksport China atau lebih dikenali sebagai 'Canton Fair' edisi ke-135 akan membuka tirai secara fizikal di Guangzhou hari ini.


Canton Fair ke-135 akan menyaksikan penglibatan 29,000 syarikat pempamer, antaranya, syarikat pempamer eksport berjumlah 28,600 , sedangkan sebanyak 680 pempamer import dilaporkan berasal dari 50 negara dan wilayah dengan 64% daripadanya terlibat dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).


Sementara itu,  zon pameran seluas 3,000 meter persegi bagi e-niaga rentas sempadan dan gudang kargo di seberang laut ditawarkan untuk kali pertama dalam sejarah Canton Fair, dengan sebanyak 165 tapak e-niaga rentas sempadan dijadikan tumpuan dalam promosi secara maya.


Setakat 13 April lalu, 144,000 orang pembeli dari 215 buah negara dan kawasan telah mendaftar diri untuk menyertai Canton Fair kali ini. Mereka yang dari Amerika Syarikat (AS) telah meningkat 21.4%, yang dari Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) naik 13%, yang dari negara rantau Asia Barat meningkat 24.7%, yang dari negara-negara yang terlibat dalam pembinaan bersama dalam kerangka BRI melambung 45.9% dan yang dari negara Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) naik 15.5%.