Negara-negara Asia Barat Seru Pihak-pihak Konflik Tahan Diri

2024-04-15 11:14:08  CRI
Share with:

Negara-negara Asia Barat seperti Jordan, Turkiye, Iraq dan Qatar semalam mengeluarkan amaran bahawa situasi serantau yang semakin meruncing mungkin akan membawa risiko peperangan di samping menyeru pelbagai pihak konflik menahan diri.


Menurut Laporan Agensi Jordan semalam, Sultan Jordan, Abdullah II Bin Hussein ketika berhubung dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerusi telefon pada hari yang sama telah bertitah bahawa perlu segera mengelakkan situasi serantau daripada terus meruncing, dan memberikan amaran kepada Israel bahawa sebarang penaiktarafan tindakannya akan mengakibatkan konflik terus berleluasa di rantau itu. Selain itu, baginda juga menitah perlu melindungi rakat jelata di kawasan Gaza di samping memastikan bantuan kemanusiaan yang mencukupi dapat dihantar ke kawasan itu secara berterusan.


Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan pula telah membincangkan situasi rantau Asia Barat dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi telefon semalam. Hakan Fidan menyatakan rasa risau kerajaan Turkiye terhadap ketegangan situasi kini, dan berpendapat bahawa pihak yang berpengaruh besar terhadap Israel perlu menghantar isyarat tegas kepadanya untuk mengelakkan situasi daripada bertambah serius.