CICPE ke-4 Diserikan dengan Pelbagai Majlis Jerayawara

2024-04-15 15:49:40  CRI
Share with:

Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) keempat yang memasuki hari kedua pada Ahad diserikan dengan pelbagai majlis jerayawara.


Terdapat 48 perusahaan dari 12 negara dan wilayah di seluruh dunia yang terpilih untuk menyertai pelbagai majlis jerayawara yang berlangsung secara hibrid semalam, yang bertujuan membantu pihak-pihak pempamer dan pembeli yang berminat mencapai perjanjian kerjasama dalam urus niaga yang terbabit.


Ireland dan Britian merupakan dua pengendali bagi majlis jerayawara kenegaraan semalam yang berperanan mempromosikan dan memaparkan produk buatan negara masing-masing yang berprestij.

Selain itu, produk dari negara lain juga dapat dipromosi dan dipamerkan dalam majlis jerayawara yang diadakan mengikut kategori industri dan rantau


Difahamkan, lebih 80 jenama yang membuat debut dalam CICPE edisi tahun ini meliputi pelbagai bidang seperti peranti perubatan dan teknologi elektronik.