Perdagangan Barangan China-Australia Tingkat 4.1% Tahun 2023

2024-04-15 14:36:40  CRI
Share with:

Ren Hongbin, Pengerusi Majlis Promosi Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) berkata pada Seminar Perniagaan China-Australia yang diadakan di Sydney, Australia bahawa perdagangan barangan dua hala antara China dan Australia meningkat sebanyak 4.1% pada tahun 2023 berbanding tahun sebelumnya, dan China sudah menjadi rakan dagang terbesar bagi Australia untuk 15 tahun berturut-turut.


Tahun 2023 juga telah menyaksikan peningkatan pelaburan Australia di China sebanyak 11.7%, dan peningkatan bilangan perusahaan Australia yang baru ditubuhkan di China sebanyak 40.2% tahun ke tahun.