Bunga Kecil Jadi Enjin Baharu Pertumbuhan Ekonomi Xinjiang

2024-04-15 15:09:10  CRI
Share with:

Bunga bermekaran di Gunung Tianshan, wilayah Xinjiang mutakhir ini. Bunga indah sedang menjadi enjin baharu bagi pertumbuhan ekonomi tempatan. 


Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan Xinjiang giat menggalakkan penduduk tempatan memperkaskan industri pelancongan. Di daerah Turgen, petani tempatan berjaya meningkat pendapatan melalui pembukaan restoran dan inap desa.  

Pelbagai jenis bunga dengan kegunaan berbeza termasuk makanan, perubatan dan lain-lain berkembang dengan skop yang besar. Bunga ros di Hotan, bunga lavender di Ili, bunga penony di Bozhou... jumlah penanaman bunga di seluruh wilayah Xinjiang mencatat 26,668 hektar dengan nilai pengeluaran mencatat RMB600 juta (RM396.02 juta) setahun.


Menurut kerajaan tempatan Xinjiang, menjelang tahun 2035, satu industri bunga lengkap akan siap dibina, dan pada waktu itu, nilai jualan produk bunga dijangka akan melebihi RMB1 bilion (RM629 juta) setahun.