Lawrence Wong Ambil Alih Jawatan PM Singapura pada Mei

2024-04-16 14:45:40  CRI
Share with:

Pejabat Perdana Menteri Singapura mengumumkan dalam satu kenyataan pada 15 April bahawa Perdana Menteri Lee Hsien Loong akan meletak jawatan pada 15 Mei. 


Lee akan mencadangkan secara rasmi kepada Presiden supaya Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong menjadi Perdana Menteri yang baru. 

  

Lawrence Wong pernah berkhidmat di sektor Pertahanan, Komunikasi &Kewartawanan, Kebudayaan, Pembangunan Negara, Pendidikan, Kewangan dan lain-lain. 


Pada tahun 2022, Lawrence Wong dipilih sebagai pemimpin baru generasi keempat Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah. 


Pada November 2023, Lee Hsien Loong mengumumkan di kongres PAP bahawa beliau akan menyerahkan jabatan itu kepada Lawrence Wong.