"Seminar Antarabangsa tentang Interaksi dan Saling Belajar antara Pelbagai Tamadun" Diadakan UNESCO

2024-04-16 15:52:57  CRI
Share with:

"Seminar antarabangsa tentang interaksi dan saling belajar antara pelbagai tamadun" telah diadakan di Ibu Pejabat Pertubuhan Pelajaran, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris semalam.


Majlis perasmian berkenaan diserikan dengan kehadiran Naib Ketua Jabatan Seranta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Zhang Jianchun dan Naib Ketua Pengarah UNESCO, Qu Xing.


Zhang Jianchun berkata, Presiden China, Xi Jinping pernah menyampaikan ucap tama tentang interaksi dan saling belajar antara pelbagai tamadun semasa lawatan pertamanya ke ibu pejabat UNESCO pada Mac tahun 2014. Kemudian China giat mengamalkan konsep itu dan meraih pencapaian yang holistik melalui kerjasama dengan pelbagai pihak, dan penganjuran dialog antara pelbagai peradaban.


Zhang juga menyeru pihak-pihak terbabit bertindak pantas melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global dan Inisiatif Peradaban Global bagi mendorong kemakmuran tamadun.


Turut hadir, lebih 200 tetamu dari 40 buah negara, rantau dan pertubuhan antarabangsa.