China, Antara Negara Paling Selamat di Dunia

2024-04-16 12:03:47  CRI
Share with:

15 April 2024 merupakan Hari Pendidikan Keselamatan Negara China ke-9, yang mengangkat tema "konsep keselamatan negara komprehensif, ulang tahun ke-10 diterajui inovasi".


Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa 2024 merupakan ulang tahun ke-10 Konsep Keselamatan Negara Komprehensif anjuran Presiden Xi Jinping. Menghadapi situasi keselamatan antarabangsa yang rumit dan kucar-kacir, Presiden Xi telah mengemukakan Inisiatif Keselamatan Global (GSI) yang dilihat sebagai pendekatan China untuk membantu dunia keluar dari kancah pergolakan, yang menekankan dialog dan bukan konfrontasi, ikatan rakan dan bukan pakatan politik, sama menang dan bukan campur tolak.


Lin menegaskan bahawa China akan terus berpandukan Konsep Keselamatan Negara Komprehensif dalam pelaksanaan tindakan diplomatiknya, teguh melindungi keselamatan negara sendiri, di samping mendorong keselamatan bersama di persada antarabangsa, mendorong pelaksanaan GSI, dan berganding bahu dengan pelbagai negara menyahut pelbagai cabaran akibat krisis keselamatan demi pembinaan dunia yang aman, tenteram dan sejahtera.