"Chinese Bridge": Kem Musim Bunga Belia SCO 2024 Bermula

2024-04-17 13:27:32  CRI
Share with:

Kem musim bunga "Chinese Bridge" untuk belia dari negara-negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) 2024 dilancarkan di Xinjiang, barat laut China pada Isnin.


Hampir 500 orang pelajar dari lapan negara SCO termasuk Rusia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Uzbekistan, India, Pakistan dan Iran mengambil bahagian dalam kem kali ini.


Dalam tempoh kem tersebut, para peserta akan melawat ke empat institusi pengajian tinggi (IPT) di Xinjiang, mengadakan pertukaran dengan pelajar tempatan, selain berpeluang menyaksikan budaya tradisional China seperti seni teh dan kaligrafi, mengikuti kursus istimewa di sekolah tempatan. 


Anjuran bersama oleh Pusat Pendidikan dan Kerjasama Bahasa Kementerian Pendidikan China, Jabatan Pendidikan wilayah Xinjiang, kem itu bertujuan untuk menyediakan platform bagi belia negara SCO untuk mempelajari bahasa Mandarin dan menghayati budaya China, menggalakkan komunikasi kebudayaan dan pertukaran pandangan belia China dengan negara SCO.