Pemimpin China, Jerman Bincang Krisis Ukraine

2024-04-17 12:46:47  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping ditemui Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing pada Selasa.


Pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pandangan tentang hubungan dua hala, kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang, situasi antarabangsa, dan komited untuk menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.


Dalam pada itu, krisis Ukraine juga menjadi topik perbincangan Xi dan Scholz.


Mereka menzahirkan kesediaan untuk mengikuti Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan menentang penggunaan senjata nuklear atau serangan ke atas kemudahan nuklear kegunaan awam.


Mereka juga menyatakan bahawa China dan Jerman komited untuk menyelesaikan isu keselamatan makanan antarabangsa dengan baik, selain mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.


Xi berkata, pada masa ini, semua pihak patut berusaha untuk memulihkan keamanan secepat mungkin bagi mengelakkan konflik daripada berlarutan hingga tidak terkawal. 


Beliau berkata, pihak-pihak terlibat perlu mengutamakan keamanan dan kestabilan, dan tidak hanya mementingkan kepentingan diri. Usaha hendaklah dilakukan demi meredakan situasi, bukannya meruncingkan perselisihan hingga menyediakan syarat demi memulihkan rundingan damai, selain mengurangkan kesan negatif terhadap ekonomi dunia dan tidak menjejaskan kestabilan rantaian bekalan dan rantaian perindustrian global.


"China bukanlah pihak terlibat dalam krisis Ukraine, namun negara ini sentiasa mendorong rundingan damai dengan kaedah sendiri.


"China menggalakkan dan menyokong semua usaha yang kondusif untuk penyelesaian krisis secara damai, dan menyokong persidangan keamanan antarabangsa yang diiktiraf oleh Rusia dan Ukraine diadakan pada masa sesuai, dengan penyertaan yang sama rata oleh semua pihak, dan semua cadangan keamanan dapat dibincangkan. 


"China bersedia untuk mengekalkan kerjasama dengan semua pihak yang berkaitan, termasuk Jerman dalam hal ini," kata Xi.