Prestasi Ekonomi China Sepintas Lalu dari Tiga Sudut

2024-04-17 16:05:34  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku tahun pertama 2024 menyaksikan pertumbuhan sebanyak 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, lebih tinggi daripada unjuran yang dibuat dalam laporan media asing. Prestasi yang dicapai China itu boleh diulas dari tiga sudut.


Pertama, sektor kepenggunaan yang menunjukkan pasaran yang berpotensi besar, tetap mencolok mata dalam landskap ekonomi China pada masa ini, terbukti dengan jualan runcit dalam sektor kepenggunaan masyarakat yang meningkat 4.7 peratus, dan sektor perkhidmatan menyaksikan pertambahan sebanyak 10.0 peratus. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Porsche di China, Michael Kirsch, pihaknya yang mementingkan pasaran China akan berusaha memenuhi permintaan pelanggan di negara ini dan menyediakan produk dan perkhidmatan yang terbaik. Ini mencerminkan aspirasi senada sektor korporat asing yang bertapak di China.


Kedua, penggerak pembangunan yang baharu dapat dicetuskan seiring dengan perkembangan kuasa produktif kualiti baharu. Menurut laporan media Kemboja, kuasa produktif kualiti baharu yang bercirikan teknologi tinggi, kecekapan tinggi dan kualiti tinggi, berbeza dengan model pertumbuhan ekonomi yang konvensional. Data statistik pada suku tahun pertama 2024 menunjukkan, nilai tambah yang disumbang sektor pembuatan teknologi tinggi yang mempunyai saiz yang tertentu naik 7.5 peratus, iaitu naik 2.6 peratus berbanding suku tahun keempat tahun lepas. Secara konkrit, jumlah pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV) melambung 29.2 peratus, sedangkan bateri tenaga suria menokok 20.1 peratus, dan robot perkhidmatan meningkat 26.7 peratus. Sementara itu, jualan runcit e-dagang menyaksikan pertambahan sebanyak 11.6 peratus.


Dan akhirnya, ekonomi digital dijadikan komponen utama dalam semua dokumen kerjasama yang ditandatangani China dengan negara asing. Boleh dijangka bahawa China bukan sahaja dapat menggalakkan pertumbuhan ekonomi domestik melalui perkembangan kuasa produktif kualiti baharu, tetapi juga akan mencetuskan momemtum baharu bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Prestasi ekonomi China yang bertambah baik telah mendapat pengiktirafan di persada dunia. Menurut laporan Berita Pengguna dan Saluran Perniagaan (CNBC) AS yang memetik keputusan dari satu tinjauan perniagaan baru-baru ini, ekonomi China menunjukkan permulaan yang "kuat" pada suku tahun pertama. Goldman Sachs dan Citigroup pula menaikkan unjuran terhadap kadar pertumbuhan ekonomi China sepanjang tahun 2024. 


Gabenor Bank Pembangunan Asia juga pernah menyebut ekonomi China akan bertumbuh dengan mantap berkat pelaksanaan dasar kewangan yang proaktif dan dasar monetari yang stabil.