Kerjasama China-Jerman yang Sehaluan di Sebalik "Kebisingan" Barat

2024-04-17 16:19:24  CRI
Share with:

Melawat ke tiga bandar China pada tempoh masa tiga hari, dengan diiringi tiga orang menteri Kabinet, menjadi begitu menonjol dalam jadual lawatan Canselor Jerman, Olaf Scholz di China kali ini yang sudah menarik perhatian media Barat secara menyeluruh.


Dalam pertemuan Presiden China, Xi Jinping dengan Olaf Scholz pada hari terakhir lawatannya di China, pemimpin kedua-dua negara telah mengadakan komunikasi secara mendalam mengenai hubungan bilateral dan pelbagai isu hangat di arena antarabangsa dan rantau.


Menurut Xi, China dan Jerman tidak mempunyai konflik tentang kepentingan asas dan tidak merupakan ancaman bagi keselamatan masing-masing. Kerjasama China-Jerman yang saling menguntungkan tidak mencetuskan “risiko”, sebaliknya boleh membawa jaminan kepada kestabilan hubungan dan peluang untuk menerokai masa depan kedua-dua pihak.


Olaf Scholz pula menyatakan Jerman bersedia bersama China untuk terus meningkatkan hubungan kedua-dua negara, menambah dialog dan kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang, mendorong interaksi dalam sektor pendidikan dan kebudayaan yang dianggap "amat penting bagi Jerman, China bahkan seluruh dunia." Pada masa yang sama, kedua-dua pihak juga bersetuju menyokong perdagangan bebas dan globalisasi ekonomi, bersedia bersama-sama menghadapi cabaran global di samping melindungi kestabilan dan keamanan dunia.


Kesemua itu menunjukkan bahawa China dan Jerman memegang pendirian yang lebih kurang sama dalam banyak isu yang penting, dan sama sekali boleh berganding bahu mendorong dunia berkembang ke arah yang lebih stabil dan boleh dijangka.


Tahun ini ulang tahun ke-10 perkongsian strategik segenap aspek China-Jerman. Pemimpin kedua-dua pihak mengekalkan pertukaran yang rapat sejak sekian lama. Rundingan antara kerajaan kedua-dua negara, mekanisme dialog peringkat tinggi dalam bidang strategi dan kewangan kekal berjalan lancar. Ini bukan sahaja dapat memastikan kelangsungan kerjasama kedua-dua pihak, tetapi juga boleh mendorong pembangunan hubungan China dengan Eropah.


Dalam pertemuan tersebut, pemimpin China dan Jerman secara kata sepakat menentang amalan perlindungan perdagangan dan menyampaikan harapan bagi meningkatkan kerjasama substantif. Pihak China menunjukkan bahawa terdapat banyak bidangan baharu yang berpotensi besar, baik yang berkaitan sektor tradisional seperti pembuatan mesin dan automobil, mahupun yang berkaitan sektor baharu seperti transformasi hijau, pendigitalan dan AI, boleh dijadikan tumpuan dalam kerjasama China-Jerman pada masa hadapan. 

Ketika melawat bandar Chongqing dan Shanghai, Olaf Scholz memilih meninjau ke satu syarikat kuasa hidrogen yang berkaitan pelaburan pihak Jerman dan satu pusat inovasi syarikat Jerman. Ini memperlihatkan hasrat jelas Jerman untuk memperincikan kerjasama perindustrian baharu dengan China. Sementara itu, termeterainya sejumlah dokumen kerjasama bilateral China-Jerman termasuk yang melibatkan pemanduan penyambungan internet automatik, mencerminkan kedua-dua pihak sudah membuahkan hasil yang ketara berdasarkan perjanjian kerjasama.