Himpunan Pemuisi Berlatarbelakangkan Perkembangan Bunga Lilac Dimulakan

2024-04-18 11:38:41  CRI
Share with:


Sempena ulang tahun ke-100 lawatan mendiang Rabindranath Tagore ke China, himpunan pemuisi yang berlatarbelakangkan perkembangan bunga Lilac telah dimulakan di kuil Fayuan bandar Beijing semalam.


Turut hadir, Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti China, yang juga Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong, pemuisi terkenal di China, Shu Ting, Pengarah Jawatankuasa Puisi Persatuan Penulis China, Di Jiama dan Pengerusi Persatuan Puisi China, Zhou Wenzhang. 


Mereka bersama-sama merasmikan satu aktiviti untuk memungut karya puisi baharu dalam bahasa Cina di persada global.

Untuk rekod, himpunan pemuisi berlatarbelakangkan perkembangan bunga Lilac di kuil Fayuan yang bermula dari zaman Dinasti Ming (tahun 1368-1644), merupakan satu temasya kebudayaan tradisional yang sudah bersejarah ratusan tahun, dan pernah diserikan dengan kehadiran ramai tokoh kesasteraan yang terkemuka dalam sejarah China. 


Pemuisi India, mendiang Rabindranath Tagore juga pernah menghasilkan satu puisi di bawah pokok Lilac ketika melawat kuil Fayuan pada musim bunga 1924.