China Seru Sikap Terbuka dan Persaingan Adil
China berharap negara-negara berkenaan bersikap terbuka dan mempertahankan persaingan yang adil. Apa yang disebut "pasaran dunia terjejas berikutan kapasiti industri China yang berlebihan" merupakan dakwaan yang sama sekali tidak berasas.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian dalam sidang media Rabu.
Baru-baru ini, Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah menlontarkan dakwaan tentang apa yang disebut masalah "kapasiti industri kenderaan elektrik bateri (BEV) dan panel solar yang berlebihan di China".
Sehubungan ini, Lin Jian berkata, China pernah menekankan berkali-kali bahawa masalah kapasiti industri harus dilihat berdasarkan prinsip ekonomi pasaran.
“Kejayaan China yang mendominasi industri tenaga alternatif dalam senario global, adalah berkat usaha gigih melalui persaingan pasaran, dan tidak berkaitan dengan subsidi kerajaan. Kapasiti berkualiti yang dibekalkan industri tenaga alternatif China dengan berterusan, akan memberikan sumbangan amat penting kepada pembangunan hijau di sejagat,” Kata Lin.
"Mereka yang mengambil langkah perlindungan perdagangan dengan dalih 'kapasiti industri yang berlebihan' tidak akan menjadikan mereka sendiri bertambah baik, sebaliknya hanya akan menjadikan kestabilan dan kelancaran rantaian industri dan rantaian bekalan terjejas, malah menghambat transformasi hijau ekonomi global dan pembangunan industri yang baru berkembang," ujar Lin.
Lin menambah bahawa China sentiasa mengambil sikap terbuka terhadap kerjasama industri, dan berharap negara-negara berkenaan berbuat sedemikian juga, mengekalkan persaingan dengan adil, bersama-sama dengan China mewujudkan situasi yang saling menguntungkan dan sama menang supaya dapat mendorong globalisasi ekonomi berkembang ke arah yang semakin universal dan inklusif.