Jiangxi Promosi Kebudayaan dan Pelancongan di Malaysia

2024-04-18 14:47:25  CRI
Share with:



Musim promosi kebudayaan dan pelancongan provinsi Jiangxi di Asia Tenggara, yang juga aktiviti Hari Jiangxi di Malaysia, dilancarkan di Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur pada Khamis. 


Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Jiangxi Parti Komunis China (PKC)Yin Hong, Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Dato Sri Tiong King Sing, Pengarah Pusat Kebudayaan China di Kuala Lumpur, Zhang Jiexin menghadiri majlis pelancaran dan menyampaikan ucapan.


Yin Hong menyatakan, Jiangxi dan Malaysia mempunyai hubungan ekonomi dan kebudayaan yang rapat sejak zaman dahulu. 


"Pada tahun-tahun kebelakangan ini, komunikasi dan kerjasama kedua-dua pihak dalam pendidikan, ekonomi dan perdagangan, kebudayaan dan pelancongan semakin rapat. 


"Kami membawa tulisan dan lukisan, tembikar dan pakej pelancongan Jiangxi ke bandar metropolitan yang berpengaruh ini, bukan sahaja untuk memaparkan sumber kebudayaan dan pelancongan Jiangxi, ia juga adalah kolaborasi kedua-dua pihak untuk meningkatkan pertukaran peradaban dan saling mempelajari," kata Yin.


Dato Sri Tiong King Sing berkata, Jiangxi ialah wilayah yang kaya dengan sumber pemandangan alam semula jadi yang indah dan budaya yang istimewa.

"Aktiviti kali ini diyakini akan meningkatkan reputasi provinsi Jiangxi di peringkat global, sekali gus menggalakkan hubungan kebudayaan dan pelancongan antara Malaysia dan Jiangxi," kata Tiong.


Ouyang Yujing ketika menyampaikan ucapan berkata, persahabatan China-Malaysia mempunyai sejarah lama.


"Tahun ini ulang tahun ke-50 hubungan kedua-dua negara, yang juga 'tahun persahabatan China-Malaysia'. Hubungan kedua-dua negara ini berdepan peluang baharu.


"Diharap aktiviti kali ini dapat meningkatkan pemahaman dan kepercayaan kedua-dua negara dalam sektor kebudayaan dan pelancongan, dan kami mengalu-alukan lebih banyak pelancong Malaysia melawat ke Jiangxi khasnya dan China amnya untuk menghayati keindahan di sana," kata Ouyang.