Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi

2024-04-18 16:33:38  CRI
Share with:

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Indonesia, Retno Marsudi  bersama-sama mengikuti sesi temu bual dengan wartawan selepas pertemuan mereka berakhir di Jakarta hari ini.


Wang menyatakan bahawa lawatannya kali ini bertujuan melaksanakan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua negara, dan juga untuk memberi sokongan teguh kepada pembangunan Indonesia dan mencapai kemajuan yang lebih besar dalam perkembangan hubungan dua hala. Komunikasi beliau dengan puan Retno Marsudi amat berhasil, dan kedua-dua pihak telah mencapai persepakatan yang luas.


Wang menyatakan bahawa kedua-dua pihak boleh meneladani negara kuasa besar dan negara jiran dalam memupuk rasa saling percaya dan saling membantu, dan juga boleh menjadi enjin bagi pemodenan di negara-negara membangun.


Menyentuh tentang topik Laut China Selatan, Wang menyatakan bahawa perlu berwaspada terhadap pelbagai gerak-geri yang bertujuan membentuk “blok kecil” di rantau ini, menentang sebarang plot untuk menciptakan pertelingkahan dan konfrontasi, serta menghargai dan memelihara kedamaian dan kestabilan serantau yang tidak mudah dapat.


China bersedia terus bersama-sama dengan pelbagai negara ASEAN melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DoC) dengan menyeluruh dan berkesan, mempercepat rundingan mengenai Kod Tatalaku di Laut China Selatan(CoC), dan mencetuskan fenomena damai dan kerjasama di Laut China Selatan.