Hari Bahasa China PBB 2024 di Ibu Pejabat UNESCO

2024-04-18 14:33:16  CRI
Share with:

Hari Bahasa China 2024 anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah membuka tirainya di ibu pejabat Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa Bersatu (UNESCO) di Paris, Perancis pada Isnin.


Aktiviti yang akan berlangsung selama lima hari itu merupakan edisi ketiga yang disambut di ibu pejabat UNESCO. 


Koleksi karya lukisan kanak-kanak yang berunsurkan China yang membabitkan mitologi, adat resam dan cerita kalangan rakyat, serta karya kesusasteraan kanak-kanak hasilan sasterawan kontemporari, dilaporkan sudah menjadi tumpuan dalam pameran Hari Bahasa China PBB 2024. 


Selain itu, para pelawat juga diberi peluang untuk mendekati budaya China melalui beberapa sesi yang menarik, seperti kuliah pertama untuk belajar bahasa China, pengenalan kaligrafi, seni guntingan kertas tradisional dan Kung Fu.  


Aktiviti yang bertema "Bahasa China: Jambatan Tamadun untuk Saling Mengenali Hati Budi" ini dianjurkan bersama Suruhanjaya Kebangsaan China untuk UNESCO, Delegasi Tetap Republik Rakyat China ke UNESCO, Pusat Pertukaran Bahasa dan Kerjasama antara China dengan Negara Asing, serta Persatuan UNESCO.  


Selaku salah satu daripada enam bahasa rasmi untuk kegunaan PBB, bahasa China merupakan antara yang paling banyak digunakan di dunia. 


Untuk rekod, Hari "Guyu" (Grain Rain), iaitu Hari Solar keenam dalam "24 Hari Solar" mengikut kalendar tradisional Cina ditetapkan sebagai Hari Bahasa China PBB bermula 2010.