Syarikat Malaysia Berkeyakinan Penuh terhadap Pasaran China

2024-04-18 15:42:06  CRI
Share with:

China mempunyai jumlah penduduk banyak dan pasaran penggunaannya mempunyai daya tarikan besar.


Ekspo Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) menawarkan peluang kepada syarikat dari pelbagai negara untuk berkongsi peluang daripada pasaran gergasa itu. 


Demikian dikatakan Penolong Pengerusi Persatuan Perniagaan Antarabangsa Promas Malaysia (Promas), Datin Fan Shu Hua ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) di Haikou baru-baru ini.


Beliau berharap lebih banyak syarikat Malaysia dapat memasuki pasaran China, memahami negara Tembok Besar ini, bekerjasama dengan syarikat tempatan untuk mewujudkan pembangunan bersama.


Untuk rekod, CICPE edisi ke-4 sedang diadakan di Haikou, provinsi Hainan di selatan China. 


Sempena sambutan ulang tahun ke-50 terjalinnya hubungan diplomatik antara Republik Rakyat China dengan Malaysia pada tahun ini, Malaysia buat kali pertama menghantar rombongan negara untuk menyertai CICPE, melibatkan penyertaan 20 syarikat yang membawa 60 jenama.


Antara barang-barang yang dipamerkan termasuk makanan, produk penjagaan kesihatan, kraf tangan dan lain-lain. Antaranya, buah durian, sarang burung walet dan kopi putih mendapat sambutan baik di kalangan pengunjung.


Fan mengatakan, syarikat Malaysia akan aktif menyertai beberapa ekspo yang akan diadakan di China tahun ini, antaranya Pameran Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan Antarabangsa Harbin, dan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE). 


"Promas akan membawa lebih banyak syarikat Malaysia datang ke China dan mewujudkan lebih banyak kerjasama," kata Fan.