Semakin Ramai Warga Jepun Bantah Negaranya Buang Air Tercemar Nuklear ke Laut
Jepun melepaskan air sisa radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut tanpa mempedulikan bantahan dari negara-negara jiran dan keprihatinan masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, insiden susulan dilaporkan kerap kali berlaku akibat kelalaian Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) yang bertanggungjawab mengendalikan loji nuklear Fukushima Daiichi sejak bermulanya pelepasan air tercemar nuklear ke laut.
Terdapat semakin ramai warga Jepun yang tampil memfailkan dakwaan terhadap kerajaan dan TEPCO, dan mendesak kedua-dua pihak itu segera menghentikan tindakan melepaskan air kumbahan yang tercemar nuklear ke laut yang dianggap menjejaskan persekitaran laut global dan kesihatan manusia.
Selain itu, kumpulan penyokong kes pendakwaan tersebut telah dianggotai lebih 200 orang dari dalam dan luar Jepun, dan bilangan itu meningkat dari semasa ke semasa. Mereka berharap agar bantahan terbabit boleh menjadi tumpuan di persada dunia untuk suatu jangka masa yang panjang.