Semakin Ramai Pelancong dari Negara ASEAN Masuk China dari Guangxi
Semakin ramai pelancong dari negara ASEAN memilih masuk China dari wilayah Guangxi dalam tempoh hampir enam bulan yang lalu sejak berkuatkuasanya dasar bebas visa antara China dengan beberapa negara ASEAN seperti Malaysia, Singapura dan Thailand.
Lapangan Terbang Antarabangsa Wuxu di bandar Nanning sebagai hab penerbangan utama di wilayah Guangxi, dilengkapi dengan lebih 10 laluan antarabangsa yang menghubungkan pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam dari blok ASEAN, serta Jepun dan Korea Selatan.
Pada masa ini, terdapat perkhidmatan penerbangan harian antara Nanning dengan Thailand, dan tiga penerbangan dua arah antara Nanning dengan Malaysia dan Singapura setiap minggu.
Menurut Ibu Pejabat Stesen Pemeriksaan Pintu Sempadan Guangxi, jumlah pengembara yang masuk dan keluar dari Guangxi terus meningkat sejak berkuatkuasanya dasar pengecualian visa antara China dengan Malaysia, Singapura dan Thailand, antaranya pengembara tanpa visa berjumlah lebih 110,000 orang termasuk lebih 33,000 orang warga asing.