Banyak Perusahaan RCEP Mahu Manfaatkan CICPE Berkembang di China

2024-04-19 15:27:51  CRI
Share with:

Terdapat banyak syarikat dari negara anggota Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang menjadi pempamer dalam Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi keempat yang telah menutup tirainya di Haikou pada Khamis.


Perwakilan dari syarikat-syarikat tersebut menzahirkan harapan agar mengembangkan sayap di China dengan memanfaatkan platform CICPE.

Pengarah untuk JETRO, atau Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun di Guangzhou, berkata bahawa banyak syarikat negaranya peka akan pasaran pengguna China yang agak besar, dan mereka menanti-nantikan skala pasaran China boleh menjadi lebih besar.

Timbalan pengarah pejabat Guangzhou Agensi Promosi Perdagangan dan Pelaburan Korea Selatan (KOTRA), mengatakan bahawa pelaksanaan dasar keutamaan RCEP sangat kondusif bagi sektor korporat di kedua-dua negara Korea Selatan dan China, dan dasar berkaitan diharapkan boleh diinsafi syarikat Korea Selatan dalam bilangan yang semakin besar.