Terus Terokai Pasaran China - Pempamer CICPE

2024-04-19 16:29:22  CRI
Share with:

Ekspo Barang Penggunaan Antarabangsa China (CICPE) yang berlangsung pada 13 hingga 18 April telah menyaksikan penglibatan lebih 4,000 jenama dari 71 buah negara dan kawasan. Baik bilangan syarikat pempamer mahupun jenama yang terlibat dilaporkan menjadi yang terbanyak dalam sejarah temasya itu.


Lebih daripada 1,462 produk ditampilkan dalam majlis pelancaran sulung, sedangkan 84 jenama diatur membuat debut. CICPE 2024 juga buat kali pertama menganjurkan pameran kenegaraan untuk sejumlah negara seperti Malaysia, Britiain dan Mongolia. Timbalan Duta Perdagangan Britain ke China, Encik Sohail Shaikh berkata bahawa pasaran China penuh dengan peluang dan sangat kompetitif, dan syarikat-syarikat Britain boleh membelajari pengalaman di sini.


“Ketika buat kali keempat menyertai CICPE, kami menubuhkan satu pavilion yang terbesar dalam sejarah negara kami,” kata Joseph Keating, Kaunselor Perdagangan Kedutaan Ireland di China. Beliau menganggap bahawa terdapat potensi yang amat besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dengan China. 


Aude Pecheux, ketua pegawai pemasaran Cerruti 1881, jenama fesyen Perancis, berkata bahawa pihaknya sudah menginsafi potensi pasaran China dan memasuki pasaran China seawal beberapa dekad yang lalu. "Ia adalah tradisi kami untuk menerokai pasaran China", katanya.

Pada masa ini, terdapat lebih daripada 400 juta orang yang berpendapatan sederhana di China, dan angka itu dijangka melebihi 800 juta menjelang 2035. Oliver Rapport, Ketua Pegawai Eksekutif Rapport, jenama aksesori jam tangan Britain, menyatakan bahawa ini bermakna semakin ramai orang akan berminat dengan produk mereka, dan ini akan memberikan ruang pasaran yang besar kepada mereka. Ketua Pegawai Eksekutif Ducati di China, Luca Battiloro menganggap bahawa terdapat banyak pengguna muda di China yang hidup mengikut fesyen, dan "kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pasaran China akan terus berkembang."


Di mata syarikat asing, pasaran China juga boleh membawa tenaga inovatif yang mantap. Banyak produk yang tampil buat pertama kali dalam CICPE kali ini berunsurkann teknologi China. Seorang wakil dari Osim, jenama produk isi rumah dari Singapura menyatakan bahawa permintaan pengguna China terhadap penggunaan yang bersifat digital dan mesra alam makin meningkat, dan mereka juga semakin cenderung mengguna pakai rumah pintar, dan menanti-nantikan perkhidmatan yang ditempah menurut keperluan perseorangan. 


Ramai pempamer CICPE 2024 berkata bahawa mereka melihat pasaran China sebagai enjin inovasi global dan petunjuk trend kepenggunaan, di mana mereka boleh menimba pengalaman secara langsung dan kemudian mempromosikan teknologi terkini dalam senario global.