Wang Yi Temui Presiden Baharu Indonesia

2024-04-19 14:29:34  CRI
Share with:

Presiden terpilih Indonesia Prabowo Subianto menerima kunjungan ahli Biro Politik Jawatankuasa Puat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar China Wang Yi di Jakarta, pada Khamis.


Wang terlebih dahulu mengirimkan ucapan tahniah daripada Presiden Xi Jinping kepada Prabowo yang menang dalam pilihan raya presiden, dan yakin beliau akan membawa Indonesia ke masa depan yang lebih indah. 


Wang Yi berkata, Indonesia merupakan negara membangun besar dan tenaga ikonik dalam negara Selatan Global. 

"China meletakkan hubungan dengan Indonesia sebagai keutamaan dalam hubungan luar, dan menganggap Indonesia sebagai rakan yang boleh dipercayai dalam urusan global.

"Perpaduan dan kerjasama antara China dan Indonesia akan memberikan pengaruh kepada pembangunan global, menyumbang kepada keamanan dan kestabilan dunia, dan mendorong proses multipolarisasi dunia," kata Wang.


Beliau menegaskan bahawa China komited untuk menjalin kepercayaan strategik bertaraf lebih tinggi dengan Indonesia, meningkatkan kerjasama komprehensif, mendorong pembangunan modenisasi antara satu sama lain, agar melonjakkan hubungan perkongsian strategik komprehensif ke tahap baharu. 


Sementara itu, Wang berkata, China menyokong Indonesia memainkan peranan yang lebih besar dalam urusan serantau dan antarabangsa, bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama untuk bersama-sama memelihara kedamaian dan kestabilan serantau serta memegang masa depan dan nasib rantau ini di tangan sendiri. 

Prabowo berkata, China merupakan sahabat baik bagi Indonesia. Beliau mempunyai pandangan yang sama dengan Presiden Joko Widodo mengenai pengembangan hubungan dengan Chin.

"Kami berharap dapat memajukan dan meningkatkan kerjasama strategik kedua-dua negara ke tahap lebih tinggi," ujarnya. 


Beliau berkata, China mempertahankan keadilan dalam urusan serantau dan antarabangsa, dan memberikan bantuan tanpa syarat kepada negara-negara membangun. 

"Indonesia bersedia memperkasakan penyelarasan dan kerjasama dengan China dan ia pasti akan memberi pengaruh yang positif bagi kestabilan dan kemakmuran serantau amnya dan dunia khasnya," kata Prabowo.