Pasukan Sokongan Maklumat PLA Ditubuhkan

2024-04-20 16:26:01  CRI
Share with:

Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menubuhkan sebuah pasukan sokongan maklumat di Beijing pada Jumaat.


Presiden China, Xi Jinping  membuat ucapan tahniah dan menyampaikan bendera kepada pasukan yang baru ditubuhkan itu.

Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menegaskan, usaha perlu dibuat untuk bertindak pantas membina pasukan sokongan maklumat yang moden dan kuat dengan berpandukan strategi ketenteraan era baharu, di samping meningkatkan pembinaan pasukan tentera dari aspek politik, pembaharuan, sains dan teknologi, modal insan dan perundangan.