Tinjauan CGTN: Hampir 90% Responden Iktiraf Sumbangan China kepada Pembangunan Hijau Global

2024-04-20 23:10:17  CRI
Share with:

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 88.62 peratus responden mengiktiraf sumbangan industri tenaga alternatif China kepada ekonomi dunia dan pembangunan hijau global.


Keputusan tinjauan pendapat itu mendapati bahawa 84.86 peratus responden menganggap masih terdapat permintaan besar yang berpotensi terhadap teknologi dan produk tenaga alternatif di pasaran global, dan apa yang disebut "kapasiti industri yang berlebihan" mustahil wujud. Di samping itu, sebanyak 88.46 peratus responden berpendapat bahawa negara-negara yang berbeza mempunyai dominasi yang berbeza pada era globalisasi, dan mengukuhkan kerjasama adalah kunci untuk menyelesaikan masalah.


Kejayaan China yang mendominasi industri tenaga alternatif dalam senario global, adalah berkat usaha gigih melalui persaingan pasaran, dan tidak berkaitan dengan subsidi kerajaan. Terdapat sebanyak 88.62 peratus responden bersetuju dengan fakta ini dan turut menunjukkan bahawa industri tenaga alternatif China menyumbang banyak kepada pembangunan hijau global. Selain itu, terdapat 91.93 peratus responden berpendapat bahawa hendaklah mendorong sektor tenaga alternatif sejagat berkembang dengan sihat berdasarkan peraturan dan order antarabangsa yang adil dan rasional.


Dalam tempoh masa 24 jam yang pertama setelah bermulanya tinjauan pendapat tersebut yang dijalankan dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Arab, Perancis, dan Rusia, lebih 5,470 orang netizen dilaporkan keluar mengundi dan memberikan komen masing-masing.