AS Beralasan "Kapasiti Industri yang Berlebihan" Menindas Perkembangan China

2024-04-20 15:20:01  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) tidak berhenti dalam menggembar-gemburkan apa yang disebut "China mempunyai kapasiti industri yang berlebihan" baru-baru ini, dengan motif yang tersembunyi untuk mengekang dan menindas perkembangan industri negara ini. China menggesa AS memilih persaingan yang adil tanpa dihantui mentaliti hegemoni. 


Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata demikian dalam sidang media pada Jumaat.


Li berkata, dakwaan "kapasiti industri yang berlebihan" sebenarnya merupakan salah satu klise dalam modus operandi AS sejak sekian lama, memandangkan Washington pernah melabelkan China sebegini susulan eksportnya yang berbilangan besar dan berharga murah suatu ketika dahulu. Cuma kali ini, AS bertukar memilih produk tenaga alternatif buatan China sebagai sasaran untuk dilabelkan. 


"Mengikut logik AS, 80% cip buatan negaranya terutamanya cip yang canggih yang dihasilkan untuk eksport, beserta produk pertaniannya yang berbilangan besar untuk eksport, juga boleh ditafsir sebagai hasil 'kapasiti industri yang berlebihan'?" kata Lin.


Li menyatakan bahawa sebenarnya nisbah eksport kenderaan elektrik bateri (BEV) buatan China jauh lebih rendah berbanding dengan yang tercatat di Jerman, Jepun dan Korea Selatan, dan ia sama sekali tidak senonoh jika pengeksportan terbabit dilabelkan sebagai "lambakan" ke seberang laut.


Menurut Lin, kejayaan China yang mendominasi industri tenaga alternatif dalam senario global, adalah berkat usaha gigih melalui inovasi teknologi yang mantap dan persaingan pasaran.


"Mengambil langkah perlindungan perdagangan dengan dalih 'kapasiti industri yang berlebihan', tidak dapat membantu menyelesaikan masalah sendiri, sebaliknya akan menjadikan kestabilan rantaian industri dan rantaian bekalan sejagat terjejas, malah menjadikan industri yang baru berkembang dan usaha masyarakat antarabangsa dalam menangani isu perubahan iklim dan mendorong transformasi perkembangan hijau terjejas," kata lin.