Presiden China, Gabon Ucap Tahniah atas Ulang Tahun ke-50 Hubungan Dilpomatik

2024-04-20 14:30:40  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Gabon untuk tempoh peralihan, Brice Clotaire Oligui Nguema masing-masing berucap tahniah atas ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara pada hari ini.


Xi menyatakan bahawa China dan Gabon mempunyai hubungan persahabatan tradisional yang bersejarah dan kukuh. Di sebalik situasi antarabangsa yang penuh dengan pergolakan dalam tempoh lima dekad lalu, kedua-dua negara ini menyokong antara satu sama lain berdasarkan pergaulan yang sama rata, manakala hubungan dua hala terus meningkat ke tahap yang berkualiti, yang terbukti sejajar dengan peningkatan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara.


Xi berkata, beliau amat mementingkan hubungan dengan Gabon, bersedia berusaha bersama-sama dengan Presiden Brice mengambil kesempatan ini menyuburkan lagi persahabatan tradisional, bertindak pantas memperkasakan kerjasama, memperhalusi pelaksanaan pelbagai projek dalam kerangka perkongsian strategik komprehensif, malah bersama-sama menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama China-Afrika yang holistik.


Presiden Brice pula menyatakan bahawa Gabon konsisten mengamalkan prinsip Satu China, dan mengiktiraf Taiwan adalah sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Gabon bersedia bersama-sama dengan China mendorong perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara terus berkembang ke artah yang semakin kukuh demi kesejahteraan rakyat.