Jepun Sekali Lagi Buang Air Tercemar Nuklear ke Laut

2024-04-20 15:19:23  CRI
Share with:

Mengenai Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO) sekali lagi memulakan rancangannya untuk melepaskan air sisa radioaktif dari loji nuklear Fukushima Daiichi ke laut, Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang akhbar semalam menyatakan bahawa China lantang membantah tindakan Jepun yang tidak bertanggungjawab itu yang dianggap sebenarnya mengalihkan risiko berkenaan ke seluruh dunia.


Menurut laporan berkenaan, Jepun bertindak melepaskan air tercemar nuklear kira-kira 7,800 tan ke laut untuk fasa ke-5 dalam tempoh dari 19 April hingga 7 Mei.


Lin berkata, China mendesak Jepun agar bekerjasama menubuhkan satu mekanisme antarabangsa yang beroperasi untuk jangka masa panjang yang kondusif bagi pelbagai negara jiran secara bebas mengikuti pemantauan yang berkesan untuk mencegah sesuatu yang tidak dapat diperbaiki daripada berlaku.