Hipokrasi AS Terdedah dalam Penggunaan Hak Vetonya

2024-04-21 16:20:11  CRI
Share with:

Amerika Syarikat (AS) memilih memveto dalam satu pengundian PBB tentang permohonan Palestin untuk "menganggotai PBB", dan turut mengundang kritikan yang bertubi-tubi dalam media sosial dan menimbulkan rasa kecewa dari pelbagai negara. Majlis Kerjasama Teluk (GCC) telah mengeluarkan satu kenyataan untuk mengkritik AS yang menjejaskan usaha memperjuangkan keadilan dan keamanan di rantau Asia Barat.


Hipokrasi dan amalan "dwistandar" AS  dalam isu Palestin-Israel terdedah apabila negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB itu memilih memveto pada 18 April lalu waktu tempatan. Perbuatan AS ini sekali lagi menunjukkan bahawa pelaksanaan dasarnya yang "memihak " sudah menjadi halangan terbesar bagi proses keamanan Palestin-Israel.


Genting Gaza terperangkap dalam kancah peperangan selepas tercetusnya konflik pusingan baharu antara Hamas dengan Israel pada Oktober 2023.


Pihak berkuasa Palestin tidak mampu mengawal perkembangan situasi di Gaza, maka berharap mendapat sokongan luas daripada masyarakat antarabangsa melalui permohonannya untuk "menganggotai PBB" sehingga dapat memberi tekanan kepada Israel untuk menamatkan tindakan ketenteraan di kawasan Gaza. Sebahagian negara termasuk China berpendapat bahawa keanggotaan Palestin dalam PBB boleh menjadikannya menikmati pendirian yang sama rata dengan Israel dan berfaedah bagi rundingan terbabit. Namun AS tidak teragak-agak menggunakan hak vetonya dalam pengundian yang berkaitan, yang dilihat sekali lagi memadamkan hasrat rakyat Palestin dan menggugurkan usaha masyarakat antarabangsa.


Kenapa politikus AS yang sering menyebut-nyebut "Penyelesaian Dua Negara", tetapi kerap kali bertindak memadamkan harapan rakyat Palestin?


Menurut ahli analisis, kerajaan AS sentiasa menganggap Israel sebagai rakan sekutu ekoran amalan hegmoninya di Asia Barat dan keperluan politik dalam negerinya. Selain tiu, AS berpendapat bahawa peranannya yang penting dalam proses keamanan Palestin-Israel akan dilemahkan jika Palestin berjaya mendapat keanggotaan PBB hasil permohonan sepihaknya. Bagi AS, keamanan rantau itu tidak sepenting dengan laba politik diri sendiri.


Sebagai pihak ketiga yang paling penting dalam isu Palestin-Israel, AS tidak pernah memberi bantuan mencukupi kepada kawasan Gaza, sebaliknya tidak berhenti dalam membekalkan kelengkapan senjata kepada Israel, di samping berkali-kali memveto draf resolusi dalam PBB melibatkan seruan tentang gencatan senjata di Gaza.


Yang lebih ironik ialah wakil AS di PBB, Linda Thomas-Greenfield mendakwa "Palestin menganggotai PBB" tidak berfaedah bagi mencapai "Penyelesaian Dua Negara". Kalau begitu, apakah yang berfaedah bagi mencapai  "Penyelesaian Dua Negara"? Pelbagai tindakan AS yang tidak sejajar dengan kedamaian setakat ini sebenarnya membuktikan bahawa AS barulah "perosak" dan "penghalang" dalam hal ehwal antarabangsa dan kawasan. Pada hakikatnya, sebarang pihak tidak berhak memveto isu melibatkan masa depan dan nasib rakyat Palestin.