Tukang Guqin dari Kampung yang Berkaliber

2024-04-22 11:15:59  CRI
Share with:

 

Seorang pemain Guqin, Feng Yihua, 38, yang juga terkenal sebagai seorang tukang Guqin, menetap di kaunti Yihuang provinsi Jiangxi.


Feng yang terpengaruh oleh keluarganya, mula belajar bermain alat muzik tradisional China itu pada usia 18 tahun, dan tidak lama kemudian mula mempelajari teknik pembuatan terbabit di bandar Shanghai.

Melalui usaha gigih bertahun-tahun, Feng bukan sahaja semakin pandai bermain Guqin, malah semakin mahir dalam menguasai teknik membuat alat muzik itu.


Penghasilan satu Guqin biasanya memakan masa sekurang-kurangnya tiga tahun, sedangkan prosedurnya yang rumit memerlukan si tukang yang mempunyai perangai yang bersabar, malah yang tabah dan kehebatan yang berkaliber.