Atlas Geologi Bulan Berketepatan Tinggi Pertama di Dunia

2024-04-22 14:50:21  CRI
Share with:

Atlas geologi bulan berketepatan tinggi yang pertama di dunia telah diterbitkan pada Ahad.  

Atlas yang berasaskan perangkaan dan data dari projek Chang'e itu, terdiri daripada beberapa komponen seperti Atlas Geologi Keseluruhan Bulan dan Atlas Segmen Bulan yang berskala 1:2.5 juta dalam versi bahasa Mandarin dan Inggeris. 

Atlas yang disusun dan dihasilkan oleh ahli sains China itu bukan sahaja boleh dijadikan rujukan dalam menetapkan matlmat bagi projek penerokaan Bulan dan pelaksanaan terbabit, tetapi juga dilihat sebagai sumbangan China dalam bidang pengajian terhadap asal usul dan evolusi Bulan serta sistem solar.