Seorang Maut dalam Kes Tembakan di Delaware AS

2024-04-22 14:27:06  CRI
Share with:

Seorang gadis berusia 18 tahun maut dalam satu kes tembakan yang berlaku di Universiti Negeri Delaware Amerika Syarikat (AS) pada subuh Ahad waktu tempatan.


Menurut laporan AP, mangsa itu bukan mahasiswi universiti itu. Pihak polis belum mendedahkan maklumat suspek dan siasatan berkenaan sedang dijalankan.