Hamas Tekankan Tuntutan dalam Rundingan mengenai Gencata Senjata

2024-04-23 15:10:29  CRI
Share with:

Gerakan Penentangan Islam Palestin (Hamas) semalam mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi bahawa pihaknya tidak pernah merubah tuntutan dalam rundingan mengenai perjanjian gencatan senjata di Genting Gaza, dan sekali lagi mengutuk sejumlah dakwaan Amerika Syarikat (AS) tentang apa yang disebut "Hamas menghalang perjanjian gencatan senjata daripada dicapai" dan "Hamas mengalihkan sasarannya dan merubah syarat-syarat dalam rundingan".


Hamas dalam kenyataan itu menekankan lagi bahawa apa yang dituntut olehnya adalah mewujudkan gencatan senjata di Genting Gaza untuk selama-lamanya, Israel mengundurkan tenteranya, semua pelarian Palestin diberi peluang pulang ke kampung halaman mereka, meningkatkan bantuan dan memulakan pembinaan semula.


Selain itu, Hamas juga mengutuk bahawa Israel barulah pihak yang menghalang perjanjian daripada dicapai, manakala dakwaan AS terhadap Hamas yang tidak berasas dilihat sebagai tindakan permusuhannya terhadap rakyat Palestin yang berlarutan.