Kempen Membaca ke-3 Dimulakan di Kunming
2024-04-23 14:09:02 CRI
Kempen Membaca ke-3 dimulakan di bandar Kunming, provinsi Yunnan China hari ini.
Selain pemilihan tahunan tentang "Kedai Buku Terindah" dan "Sepuluh Pemilik Hak Cipta Karya", siri forum dan pameran juga akan dianjurkan dengan mengangkat pelbagai tema seperti "pembacaan golongan remaja", "pembacaan digital", "pembacaan dan pembangunan desa" dan "perkhidmatan awam untuk membaca di perpustakaan".
Kempen membaca bertujuan membantu pemain industri bertukar pengalaman kerja, menggalakkan rakyat meluangkan masa untuk membaca dan memupuk tabiat membaca, malah membudayakan tabiat membaca dalam masyarakat.