Wang Yi Temui PM Kemboja
Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet ditemui ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi di Phnom Penh pada Isnin.
Wang Yi mengatakan, kerajaan baharu Kemboja beroperasi dengan berjaya pada fasa permulaan, terbukti dengan pencapaiannya yang memberangsangkan dalam mengembangkan ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan mengukuhkan kedudukan dalam masyarakat antarabangsa. Sebagai sahabat dan rakan yang baik, China amat gembira dengan kejayaan yang dicapai Kemboja. Hun Manet bertindak menyuburkan persahabatan antara kedua-dua negara, memilih China sebagai destinasi pertama dalam jadual lawatannya setelah menyandang jawatan perdana menteri, dan menghadiri forum kemuncak kerjasama antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke-3. Kesemua ini menunjukkan aspirasi yang yang besar untuk mendorong kerjasama dengan China dan dilihat sebagai sumbangan positif bagi pembangunan hubungan kedua-dua negara.
Hun Manet mengucapkan tahniah atas pencapaian China yang holistik dalam pembangunan yang dipimpin oleh presiden Xi Jinping dan melihat kepada pertumbuhan ekonomi yang pesat di China dengan rasa kagum dan hormat. Negara-negara serantau boleh mendapat peluang penting dari pembangunan China yang juga dimanfaatkan banyak oleh Kemboja. Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan yang kuat dan bantuan tanpa syarat yang disediakan kerajaan China kepada Kemboja sejak sekian lama. Menurutnya, Kemboja konsisten dalam pelaksanaan dasar persahabatan melibatkan China. Selain itu, pihaknya menyokong dengan tegas pendirian China mengenai isu yang melibatkan kepentingan teras seperti isu Taiwan, Hong Kong (HK) dan Xinjiang. Selain itu, Kemboja komited menyertai dengan aktif pembinaan BRI dan menyokong tiga inisiatif global anjuran Xi, iaitu Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).