Tanah Paya Tasik Wolong, Lokasi Tumpuan Burung Hijrah

2024-04-23 11:16:09  CRI
Share with:


Baru-baru ini, sejumlah besar burung hijrah kelihatan memilih ‘transit’ di Tanah Paya Tasik Wolong di daerah Kangping bandar Shenyang di provinsi Liaoning. Perlindungan dan penambahbaikan fasiliti semakin dipergiatkan di Tanah Paya Tasik Wolong dalam beberapa tahun kebelakangan ini.


Kawanan burung hijrah yang singgah di sini setiap tahun kelihatan mendapat persekitaran habitat yang semakin baik, hasil pelaksanaan pelbagai langkah seperti mendirikan pagar dan rondaan rutin yang bersifat memantau.