Syarikat China Penggerak Pasaran BEV di Brazil

2024-04-23 11:16:19  CRI
Share with:


Syarikat BYD China Cawangan Brazil ditubuhkan pada 2014. Selain menjual forklift elektrik, lori dan kereta penumpang, syarikat itu juga telah menubuhkan kilang casis bas elektrik, kilang panel solar dan kilang bateri di Brazil yang dilihat bertepatan dengan permintaan pasaran tempatan.


Syarikat BYD China Cawangan Brazil telah mendapat pengiktirafan tempatan dalam mendorong perkembangan industri tenaga lestari dan memberi sumbangan bagi mengurangkan pelepasan karbon dan perlindungan alam sekitar.