AS Tidak Berkelayakan Dialog dengan China Berasaskan "Kedudukan dan Kekuatan"

2024-04-24 15:32:08  CRI
Share with:

Bermula hari ini (24 April) hingga 26 April, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony J. Blinken dilaporkan sekali lagi akan melakukan lawatan kerja ke China. Sebelum ini juga China turut menerima kedatangan pegawai kanan Amerika Syarikat ke negara ini, namun hubungan bilateral kedua-dua negara tidak memperlihatkan trend baik pulih. Ini kerana, setiap kali sesi lawatan, AS tidak memperlihatkan keikhlasan untuk bekerjasama sebaliknya membawa alasan baharu untuk “memaksa” China berlutut dengan “kekuatan” AS.

 

Jika dilihat semua, pelbagai alasan yang dicipta oleh AS pada beberapa tahun kebelakangan ini antaranya melibatkan “keselamatan negara”, “de-risk” dan terkini berkaitan “kapasiti pengeluaran melampau” oleh China.

 

Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet L. Yellen ketika dalam sesi lawatan beliau ke China pada awal bulan ini ada mengeluarkan dakwaan berhubung “kapasiti pengeluaran melampau” oleh China. Namun pada masa sama, Wakil Perdagangan AS, Katherina Tai memaklumkan bahawa sistem eknomi China sangat efisien dan dikhuatiri AS serta Eropah tidak mampu bersaingan dengan sistem tersebut. Bukan itu sahaja, Setiausaha Perdagangan AS, Gina Raimondo berulang kali menyeru Eropah untuk bekerjasama dengan AS, dengan harapan dapat memperlahankan kepesatan inovasi teknologi China.

 

Masalahnya, jika sistem ekonomi, inovasi teknologi dan kapasiti pengeluaran China sudah melebihi AS, justeru dimana kedudukan dan kekuatan AS sebagai kuasa ekonomi dunia?

 

Lawatan Blinken diharap membantu mengawal komunikasi dua kuasa gergasi, melaksanakan persefahaman peminpin kedua-dua di San Francisco, iaitu menjadi rakan atau pelawan merupakan tanggungjawab berat atas rakyat kedua-dua negara, dunia dan sejarah.

 

Bagaimanapun, dijangka pada sesi lawatan kali ini, Blinken berkemungkinan akan menambah dua alasan lapok. Yang pertama ialah berkaitan hak asasi manusia.

 

Sebelum berlepas ke China, Blinken ada menyampaikan ucapan mengenai “Laporan Antarabangsa Berkaitan Hak Asasi Manusia 2023”. Dalam ucapannya itu beliau berkata orang Uygur sebagai “korban kemusnahan perkauman dan anti-kemanusiaan” meskipun populasinya meningkat dari 3.6 juta kepada 11.6 juta dalam tempoh 70 tahun. Wartawan reuters kemudiannya bertanya, merujuk kepada apa yang berlaku di Gaza ketika ini, adakah AS mempunyai dwi standard ke atas hak asasi manusia?

 

Dengan sombong, Blinken menjawab “No.”

 

Di sini secara jelas Satria telah menyaksikan makna sebenar “kedudukan dan kekuatan” AS. AS menyifatkan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan Israel di Gaza sebagai tidak melanggar hak asasi manusia, malah sokongan AS terhadap Israel pula tidak melawan hak asasi manusia. Hakikatnya keputusan ini tidak boleh dipersoalkan oleh sesiapa pun, termasuk media utama dari negara sekutunya.

 

Alasan kedua adalah berhubung sokongan perniagaan China terhadap sistem pengeluaran ketenteraan Rusia.

 

Meskipun Pengerusi Ketua Turus Bersama Tentera AS, Charles Q. Brown Jr. baru menyatakan kepada Dewan Perwakilan AS bahawa China tidak menyediakan apa-apa bantuan ketenteraan kepada Rusia, namun Dewan Negara AS menyatakan bahawa produk dan bahan lain dalam perdagangan normal antara China dengan Rusia secara tidak langsung digunakan untuk menyokong sistem pengeluaran ketenteraan Rusia.

 

Dengan itu, The Wall Street Journal baru-baru ini melaporkan bahawa AS merancang  untuk memutuskan hubungan beberapa bank China dengan sistem pesanan pembayaran antarabangsa (SWIFT).

 

Nampaknya AS menjadikan SWIFT sebagai senjata mereka bagi membuktikan “kedudukan dan kekuatan” AS. Namun hakikatnya, SWIFT adalah infrastruktur kewangan antarabangsa untuk memudahkan perdagangan bebas rentas sempadan. China merupakan rakan dagang utama bagi lebih 140 buah negara dan kawasan di dunia, jumlah perdagangan barangan menduduki No.1 di dunia. Perdagangan bilateral China-AS pula mencatat USD664.4 bilion pada tahun 2023.

 

Seperti hak AS dalam SWIFT, “kedudukan dan kekuatan” AS dipinjam dari pelbagai negara di seluruh dunia utuk memudahkan pentadbiran global. Jika ia menjadi diktator yang mengganggu kedamaian dunia, inovasi teknologi, sasaran karbon rendah, perdagangan bebas dan kehidupan lebih baik bagi majoriti penduduk dunia, “kedudukan dan kekuatan” seperti ini patut digulingkan. Itulah demokrasi di arena antarabangsa.