Georgia Mahu Pergiat Kerjasama dengan China

2024-04-24 13:05:51  CRI
Share with:

Persahabatan dan kerjasama antara Georgia dan China amat penting, kedua-dua negara melakarkan hasil cemerlang melalui pembangunan perkongsian strategik, dan Georgia komited mempergiat kerjasama dengan China.


Demikian ujar Perdana Menteri Georgia, Irakli Kobakhidze ketika menghadiri majlis pelancaran Terowong Gudauri yang dibina oleh perusahaan China di jalan raya Kovesheti-Kobe yang merupakan sebahagian koridor pengangkutan utara-selatan Georgia.


Dalam temu bual dengan badan media selepas menghadiri majlis itu, beliau menyatakan penghargaan atas usaha China yang menyelesaikan pembinaan projek tersebut dengan kualiti yang tinggi, dan menekankan bahawa projek ini memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesalinghubungan di negara itu.


Projek Terowong Gudauri yang dibina oleh Kumpulan Terowong China Railway (CTG) di jalan raya Kovesheti-Kobe, merupakan projek infrastruktur tunggal yang masih berada dalam pembinaan yang terbesar di Georgia.