Kapal Pesiar Jana Pasaran Perbelanjaan Sanya

2024-04-24 16:49:40  CRI
Share with:

Bergelar 'Hawaii di Timur', bandar Sanya di provinsi Hainan merupakan destinasi pelancongan dan tempat peranginan yang terkenal dengan keindahan pemandangan pantai tropika.


Pelancongan dengan menaiki kapal pesiar muncul sebagai sektor baharu yang menjana pasaran perbelanjaan tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Setakat akhir 2023, sebanyak tujuh buah jeti kapal pesiar telah siap dibina dan beroperasi di Sanya.


Jumlah kapal pesiar berdaftar pula mencatat 1,367 buah dengan melibatkan pekerja langsung lebih 5,000 orang, dan memberi perkhidmatan kepada seramai 1.079 juta pengunjung.