Hari Bahasa Cina PBB 2024 Diadakan dengan Jayanya

2024-04-24 14:30:39  CRI
Share with:

Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2024 berlangsung di Palais des Nations, Geneva pada Selasa, serentak dengan Festival Video Bahasa Cina edisi keempat Kumpulan Media China (CMG).


Aktiviti itu dianjurkan oleh CMG bersama Pejabat PBB di Geneva (UNOG) serta Misi Tetap China ke UNOG dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland.

Presiden CMG Shen Haixiong dalam ucapannya berkata dengan mengambil inspirasi daripada tema utama 'Youth', festival video tahun ini menjemput peminat budaya China dari seluruh dunia untuk memaparkan pesona kepelbagaian budaya menerusi karya video, sekali gus membina jambatan komunikasi antara satu sama lain.


"Melalui aktiviti seumpama, diharap lebih ramai pemuda di seberang laut dapat datang melawat China dan melihat sendiri negara Tembok Besar yang sebenar, pelbagai dimensi dan komprehensif pada era baharu," kata beliau.


Festival Video Bahasa Cina edisi keempat dilancarkan pada 19 Mac dengan tema 'Youth Together for a Better World'.

Pihak penganjur menerima 1,009 karya video dari 47 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jerman, Jepun, Thailand, Poland dan Argentina.

Sebanyak lapan kategori yang merangkumi 18 anugerah ditawarkan antaranya Hadiah Video Pendek Terbaik dan Hadiah Khas untuk Duta Budaya Pemuda.

Karya video berkenaan merakamkan pengalaman pemuda asing merasai keunikan budaya tradisional China membabitkan puisi dan lagu, kaligrafi dan alat muzik klasik, seni ukiran halus, busana tradisional dan sebagainya.


Mereka yang memenangi hadiah akan berpeluang mengikuti program kembara China pada musim panas tahun ini.