Hati-hati pada Demam Denggi - Kedutaan Besar China di Indonesia
2024-04-24 14:28:20 CRI
Menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan Indonesia, lebih 62,000 kes demam denggi telah dikesan di negaranya pada masa sekarang, antaranya 475 kes kematian, iaitu kira-kira dua kali ganda lebih tinggi daripada yang tercatat dalam tempoh yang sama tahun lalu. Terdapat beberapa tempat seperti Tangerang dan Bandung dilaporkan sudah menjadi lokasi tumpuan dalam penularan berkenaan.
Memandangkan ada warganegara China yang sudah dikesan terjangkit, Kedutaan dan Konsulat China di Indonesia mengingatkan para pemastautin supaya berhati-hati pada demam denggi sepanjang perjalanan di luar pada saat menjelang cuti "1 Mei".