China Bantah EU Lakukan Pemeriksaan Kejutan terhadap Syarikatnya

2024-04-25 14:48:12  CRI
Share with:

Terdapat suatu agensi di bawah Kesatuan Eropah (EU) dilaporkan sudah melakukan pemeriksaan kejutan terhadap sebuah syarikat yang mempunyai pejabat di Poland dan Belanda pasa Selasa, dan turut mencuri perhatian ramai dalam sektor koporat dan media. Walaupun nama syarikat itu tidak disebut, terdapat badan media yang berkenaan yang mendedahkan bahawa sasaran dalam pemeriksaan itu merupakan sebuah syarikat China.  


Langkah EU tersebut cepat mendapat bantahan dari Misi China ke EU yang menyatakan sudah memulakan pemantauan terhadap perkembangan peristiwa itu. 


China menganggap pemeriksaan kejutan itu telah mengganggu tata tertib persaingan pasarsan yang adil, menjejaskan suasana kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua pihak dan keyakinan syarikat asing termasuk syarikat China terhadap kerjasama dan keselamatan di Eropah. 


EU digesa menaati komitmennya tentang pasaran yang terbuka dan prinsip persaingan yang adil, dan menghentikan langkah-langkah menyekat syarikat China dengan pelbagai alasan.