Tiga Jenis Produk Utama dalam Eksport China Laris Dijual di Canton Fair ke-135
2024-04-25 17:25:22 CRI
Kenderaan elektrik bateri (BEV), bateri litium dan sel suria digelar sebagai "tiga jenis produk generasi baharu" dalam perdagangan luar China. Statistik berkenaan menunjukkan bahawa tahun 2023 telah menyaksikan pengeksportan ketiga-tiga jenis produk tersebut yang tergolong dalam kategori mekanikal dan elektronik, yang bernilai RMB1.06 trilion (RM700 Bilion)), iaitu satu paras paling tinggi dalam sejahah. Urus niaga berkaitan "tiga jenis produk generasi baharu" itu kelihatan sangat makmur di zon terbabit semasa berlangsungnya Canton Fair edisi ini.