Ekspo Hortikultur Antarabangsa Chengdu 2024 Bakal Buka Tirai

2024-04-26 14:55:14  CRI
Share with:

Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2024 membuka tirai di bandar Chengdu hari ini.


Bunga-bungaan dalam seni hortikultur dijadikan keistimewaan dalam Ekspo Hortikultur Antarabangsa 2024 di Chengdu yang buat kali pertama menganjurkan "Sukan Olimpik" dalam sektor hortikultur dunia itu. Peraduan untuk pemain profesional bagi lapan kategori termasuk bunga Yueji (ros Cina), bonsai, orkid, teratai, kekwa, bunga raya, seni gubalan bunga dan pembinaan taman akan dijadikan platform pertukaran bagi peradaban dan kebudayaan yang berbeza. 

Di samping itu, sebanyak lebih 2,000 aktiviti kebudayaan akan dianjurkan semasa berlangsungnya Ekspo untuk memaparkan daya tarikan bandar tuan rumah dalam pelbagai bidang khususnya bidang pelancongan.