Pertumbuhan Ekonomi AS Merosot, Cecah 1.6 Peratus

2024-04-26 14:57:01  CRI
Share with:

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan perangkaan yang pertama bagi tahun 2024 pada Khamis yang menjangka bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu mencecah 1.6 peratus bagi suku pertama (S1 ) tahun ini, iaitu merosot banyak berbanding yang tercatat bagi suku keempat (S4) tahun lalu. 


Ada penganalisis yang berpendapat bahawa perbelanjaan dalam sektor kepenggunaan dan jabatan awam di AS jatuh merudum akibat kadar inflasi yang meningkat ketara pada S1. 

Ini pula jelas mencerminkan ekonomi AS sudah kehilangan tmomentum pertumbuhan pada permulaan tahun ini.